KAK NAM- Liyana Jasmay sudah merancang ingin menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan muda iaitu senior dia sendiri masa zaman persekolahan dulu. Liyana kata dia berkenalan dengan bakal suaminya itu baru 2 bulan dan sudah jatuh cinta pandang pertama..dah nama pun jodoh, tak kira berapa lama kita kenal. Jom kita lihat luahan hati Liyana yang Kak Nam petik dari akhbar metro hari ni.
“Kakak saya juga berkawan dengan kakaknya dan dia digelar ‘Eligible Bachelor’ di kawasan perumahan kami kerana masih bujang. Saya kenal Fathudin kerana dia bekas senior sekolah tinggi saya, tapi dia tidak kenal saya pun kerana saya ‘budak comot’ di sekolah saya apatah lagi pembabitan saya dalam bidang seni.
“Namun, sejak kami berkawan, barulah Fathudin tahu saya artis. Dia kini selalu menonton drama dan filem lakonan saya,” katanya.
“Pada mulanya, ibu bapa memang minta saya berfikir panjang sebelum buat keputusan nak berkahwin dengan Fathudin kerana kami baru berkawan dua bulan. Bapa saya juga kenal dengan keluarga Fathudin kerana kami tinggal berjiran.
“Bagaimanapun, selepas ibu bapa saya melihat dia pandai mengambil hati keluarga saya, barulah mereka dapat menerimanya dalam keluarga kami sekali gus merestui hubungan kami. Begitu juga keluarganya.
“Semua urusan majlis pertunangan diuruskan mama dan dua kakak. Saya akan mengenakan baju warna putih rekaan Rizman Ruzaini dan solekan pula oleh Tiar Zainal.
“Konsep majlis pertunangan bertemakan taman Inggeris kerana saya memang sukakan konsep sedemikian. Saya juga turut mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis pertunangan kami nanti.
“Manakala, majlis pernikahan dan resepsi kami dijangka berlangsung pada Januari depan. Buat masa ini, kami belum tetapkan tarikh, lokasi dan wang hantaran lagi kerana saya serahkan pada keluarga untuk memutuskannya,” katanya.
“Fathudin seorang yang manis, lucu dan cukup memahami. Pada mulanya, saya sangka jejaka kolar putih sepertinya poyo, tetapi dia pula sebaliknya.
“Saya pun tak sangka akan berkahwin dengan jejaka yang berimej kemas sepertinya kerana sejak dulu saya suka berkawan dengan lelaki yang selekeh dan imej rock.
“Ternyata, semuanya sudah ketentuan Tuhan. Memang perkenalan kami singkat, tetapi saya sudah bersedia untuk berkahwin dan biarlah kami bercinta selepas kahwin,” katanya.
“Kami sudah dua minggu tidak berjumpa kerana Fathudin menguruskan bisnesnya di Sabah. Kami juga saling berhubung dan tetap cari masa untuk ‘berdating’ bagi mengenali hati budi masing-masing. Kami juga harapkan yang terbaik dalam hubungan ini,” katanya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!