Blogger-Blogger Femes

Thursday, March 8, 2012

Nora Danish Sudi Ucapkan Tahniah Kepada Jejai

Views
KAK NAM- Pelakon yang cantik manis dan berstatus ibu tunggal ini,Nora Danish semakin laris di persada seni dengan pelbagai lakonan di dalam drama-drama yang bersiaran. Walaupun dia berstatus ibu tunggal,Nora tetap tabah menghadapi pelbagai dugaan. Isu yang terbaru sekarang kita sudah dengar bahawa bekas suaminya Jejai akan mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon yang penuh kontroversi Fasha Sandha. Di dalam keratan akhbar metro hari ini telah mengeluarkan isu dimana Nora Danish sudi ucapkan tahniah kepada Jejai. 






“SETAKAT ini Jejai belum maklumkan apa-apa kepada saya mengenai rancangan perkahwinannya (dengan Fasha Sandha) sebagaimana dilaporkan akhbar hari ini (semalam).

“Kalau Jejai dan keluarga bekas mentua saya menge�sahkan sendiri perkara itu, saya juga sudah tentu sudi mengucapkan tahniah.”






“Alhamdulillah rezeki untuk saya sentiasa ada dan setakat ini saya masih sibuk dengan pelbagai tawaran berlakon. Terbaru, saya sekali lagi dipertemukan dengan Adi Putra untuk filem Aku Terima Nikahnya selepas kai bekerjasama menerusi drama Tentang Dhia.

“Filem ini adalah satu lagi cabaran buat saya kerana perwatakannya sangat mencabar. Namun saya bersyukur kerana pihak produksi dan Adi sendiri banyak membantu bagi menguat�kan lagi plot perjalanan cerita ini,” jelasnya.








3 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!