Blogger-Blogger Femes

Friday, November 25, 2011

"Peristiwa Penting Sempena Maal Hijrah | Awal Muharram 2011"

Views
Assalammualaikum...


Sambutan awal muharam disambut oleh semua yang beragama Islam, terdapat dua hari penting/ peristiwa dalam kalendar Islam. Awal bermaksud permulaan, dalam Bahasa Inggeris disebut ‘beginning’, dan Muharam disebut sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam.


1 Muharram
*Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram
*10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
*Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
*Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
*Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
*Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
*Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
*Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
*Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
*Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
*Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
*Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
*Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
*Hari pertama Allah menciptakan alam.
*Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
*Hari pertama Allah menurunkan hujan.
*Allah menjadikan ‘Arasy.
*Allah menjadikan Luh Mahfuz.
*Allah menjadikan alam.
*Allah menjadikan Malaikat Jibril.
*Nabi Isa diangkat ke langit



*SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM PADA HARI AHAD 27/11/2011 INI*
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!