Blogger-Blogger Femes

Friday, December 30, 2011

ROZITA CHE WAN BERCUTI BERSAMA ZAIN SAIDIN,NAFIKAN HUBUNGAN CINTA!!

Views




KAK NAM- Ada lagi gosip pasal artis yang belum bernikah pergi bercuti dengan kekasih yek? Semalam Kak Nam paparkan pasal Yuna dan kekasihnya QI. Hari ni ada lagi cerita panas,nak tahu siapa jom sama-sama kita terjah..ceh!Kak Nam dah boleh masuk rancangan melodi ni.

Sebelum ni pun kita dah dengar macam-macam gosip tentang pelakon wanita ni iaitu Rozita Che Wan dengan Shahir. Tup..tup..sekarang ni Kak Nam dapat tahu yang dia dengan artis lelaki yang baru naik juga,aiiii…memang nak cari lelaki muda dan meningkat naik je ke?? Ooopssss!!!! Kali ni gosip terbaru menguatkan lagi bukti bahawa Rozita Che Wan bermadu kasih dengan pelakon yang sedang meningkat naik,Zain Saidin. Amboiii…semua lelaki pilihan Rozita Che Wan gebu-gebu yek! Memang taste dia tinggilah.

Biasalah bila semua dah terbongkar,Rozita Che Wan mestilah menafikan hubungan mereka. Dia memang mengaku yang Zain Saidin menemaninya pergi bercuti ke Genting Higland lagi u all..”klas ko jah”. Hehehehe.. Percutian ini turut disertai oleh anak-anak lelaki Rozita Che Wan iaitu iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, yang sedang bercuti sekolah.

Alasan Rozita Che Wan,Zain Saidin hanya menemaninya dan keluarga kerana Zain rapat dengan anak-anak lelakinya. Yeke tidak?? Kak Nam pun tak tahulah kan..dah dia kata macam tu,iakan ajalah…kalau dah rapat dengan anak-anak apa lagi kawin jelah ye tak? Amboii..jahat kau mulut Kak Nam…

P/S Kak Nam : Baik-baiklah ye takot kena tangkap basah plak!!



Syabas! Tiada Aksi Panas Yuna Dan Qi Di Eropah

Views

Syabas! Tiada Aksi Panas Yuna Dan Qi Di Eropah

KAK NAM- Baru-baru ni Kak Nam dengar penyanyi terkenal iaitu Yuna pergi holiday dengan kekasihnya Qi betul ke? Pasangan kekasih yang belum bernikah pergi holiday ke luar negara sama-sama. Wahh…panas ni kalau buat gosip. Belum apa-apa lagi Kak Nam dapat tahu ramai yang dah buat fitnah dan salah sangka kat dorang ni.

Sebenarnya Yuna dengan Qi pergi holiday ke Eropah ditemani dengan family doranglah. Nasib baik tak ada foto-foto yang panas dari dorang macam Fida dengan Mamat dulu. Hehehehe…syabaslah pada dorang sebab tahu batasnya. Kat bawah ni Kak Nam ada sediakan gambar dorang kat sana dari izyan.com. Moh le kite tengok….










P/S Kak Nam : Lain kali kalau pergi holiday lagi bawa Kak Nam yek!


Thursday, December 29, 2011

"ELLY SURIATY KEGUGURAN DI LOKASI"

Views


Kesian Kak Nam tengok pelakon yang agak popular Elly Suriaty sebab keguguran masa dia sibuk membuat pengambaran dan mengarah dalam filem sulungnya iaitu “penanggal”. Siapa yang tak kenal kan dengan artis ni. Kalau dia melakonkan watak jahat memang menjadilah. Sampai Kak Nam naik marah le juga..hehehehe. Maknenya lakonan dia memang menjadi.

Suaminya iaitu Azri memang risau sangat dengan keadaan Elly. Yelah mana tidaknya, Elly ni sangat aktif walaupun dia berbadan dua. Mungkin dah tak ada rezeki mereka kan nak buat macam mana. Kak Nam turut sedih dan simpatilah dengan nasib dorang. Macam orang cakap ape, “cubit peha kiri peha kanan terasa”..haaa..macam tulah bunyinya. Tapi kalau dah selalu sangat terasa sakit plak peha Kak Nam nanti.

Apa yang Azri kata perkara ni berlaku kira-kira jam 12 tengahari dan Elly mahu membuang air kecil tibe-tibe berlaku pendarahan. MasyaAllah…Kak Nam plak yang terasa ngilunya. Kalau korang nak tahu apa cerita selanjutnya jom baca komen kat bawah..

“Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan babak malam untuk filem itu. Dia menyedari dirinya keguguran ketika hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan doktor telah mengesahkan dia keguguran,” ujar Azri.

“Buat masa ini, Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis kerana sedih dengan keguguran itu, jadi saya perlu memberikan sepenuh perhatian kepadanya,” tutur Azri.

“Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,” ujar Azri.


P/S Kak Nam : Diharapkan Elly Suriaty dan suami tabah dan cekal menghadapi dugaan dari-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku.


"SAYA BELUM BERSEDIA JADI MENTOR" - FAIZAL TAHIR

Views


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lelaki popular ni kan iaitu Faizal Tahir. Kak Nam memang minat giler la dengan dia. Kalau Kak Nam dapat jumpa dia memang Kak Nam tal lepaskan peluang posing bergambar. Oklah apa yang Kak Nam nak kongsi kat sini tentang tawaran jadi mentor untuk Faizal Tahir dalam rancangan mentor yang akan dating dan bersiar kat kaca TV korang tak lama lagi. Tungguuuu..hehehehe..

Tapi apa yang Kak Nam tahu,Faizal belum bersedia lagi nak terima tawaran tu. La…gitu plak yek..dah ada peluang kenapa nak pikir-pikir lagi sambar jelah,rezeki tu..masyyuukkkk!!! Kalau korang nak tahu apa sebabnya jom sama-sama kita baca apa komen Faizal tahir.

“Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini adalah untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya sejujurnya belum membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak menyertai Mentor,” ujar penyanyi Faizal Tahir yang nyata terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor bagi program relaiti Mentor musim keenam yang bakal berlangsung tahun depan.

“Tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang agak kurang kerana saya sendiri masih lagi berlatih dalam bidang muzik ini. Saya selalu meletakkan satu tahal yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali membuat persembahan, inikan pula mengasah bakat baru. 


“Apa yang saya risaukan ialah bagaimana sekiranya saya tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih dari seorang juara,” ujarnya.


P/S Kak Nam : Kalau Kak Nam la dapat peluang macam tu Kak Nam terima je..janji poket penuh..hehehehe



Wednesday, December 28, 2011

Isu Gesel-Menggesel -(LIENA HANGAT)

Views
Ramai yang dah tahukan pasal kontroversi tentang Liena Hangat. So hari ni Kak Nam nak paparkan gambar-gambar yang dikatakan Liena Hangat mengeselkan anggota badan dengan peminat semasa membuat persembahan pada satu dinner. Jom kita tengok sama- sama yek..jangan ada yang terkejut plak!


Sungguh seksi pakaian Liena Hangat...

          
Aksi Liena Hangat berpelukan dengan seorang pengunjung yang hadir pada malam dinner.

Liena Hangat dengan cara menggoda..

Liena Hangat cuba duduk di atas peha pengunjung..

Berpelukan bersama seorang lelaki..

Liena Hangat menggeselkan punggungnya dengan seorang lelaki..


Kepada artis Malaysia Kak Nam nak berpesan agar jagalah budaya kita. Jangan sampai orang lain memikirkan kita ni seperti orang yang tidak bermoral. kalau nak popular pun ada cara yang lebih manis ok..so pada Liena Hangat berubahlah dan tanam azam baru sempena kita nak masuk Tahun Baru tak lama lagi.

P/S Kak Nam : Duit banyak takkan tak boleh beli kain yang labuh sikit kot??huhuhuhu