Walaupun keluarga mahupun kenalan kak nam tidak terlibat..tetapi sebagai manusia perasaan sedih dan simpati itu tetap ada dalam diri.Pada sesetengah pihak yang pandai sangat menilai tu tolonglah jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh membuatkan ahli keluarga mangsa tersinggung.Kita lihat serba sedikit perkembangan tentang MH370. Petikan dari Buletin TV3 :-
PERKEMBANGAN TERBARU INSIDEN MH370 ITU MENDORONG MALAYSIA, - MENDAPATKAN KERJASAMA AGENSI RISIKAN ANTARABANGSA TERMASUK UNIT ANTI KEGANASAN BAGI MENYIASAT IDENTITI DUA LELAKI MISTERI ITU- HISHAMUDDIN HUSSEIN
SEMENTARA ITU, DATA PEMANTAUAN AWAL YANG DIPERIKSA OLEH PENTAGON MENCADANGKAN PESAWAT MAS YANG HILANG, TIDAK MELETUP DI LAUT CHINA SELATAN SEMALAM.MENURUT AKHBAR THE NEW YORK TIMES YANG MEMETIK PEGAWAI KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT ...SATU SISTEM YANG MEMANTAU LETUPAN DI SELURUH DUNIA, TIDAK MENGENAL PASTI SEBARANG TANDA LETUPAN.
KDN mengarahkan satu siasatan dalaman bagi mengesan dua pasport palsu yang melepasi kawalan di KLIA. Siasatan diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Aloyah Mamat. Beliau tidak menolak kemungkinan dua pasport asing berkenaan sukar dikenalpasti pemiliknya kerana tidak mempunyai kecanggihan sistem biometrik seperti digunapakai di Malaysia.
Majlis Solat Hajat Sempena Kehilangan Pesawat MAS MH 370 di Masjid Putra, Putrajaya pada 9 MAc 2014 jam 7.15 malam

Sama-samalah kita berdoa agar semua mangsa MH370 dalam keadaan selamat dan semoga misteri kehilangan pesawat MH370 ini akan terjawab...

Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entri Ni..Nak Hadiah, sila Klik Banner Di Bawah.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!