Blogger-Blogger Femes

Wednesday, March 28, 2012

Rozita Che Wan Main Futsal Sampai Pukul 2 Pagi Kekal Langsing

Views
KAK NAM- Pasti peminat-peminat kepada pelakon wanita yang jelita dan kelihatan sentiasa muda, Rozita Che Wan nak tahu apakah rahsia ataupun petua Rozita kekal langsing dan cantik. Kalau umur dah mencecah 40an pun badan masih lagi ramping, pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsianya ye tak. Oklah..hari ini Kak Nam nak kongsikan pada korang rahsia Rozita Che Wan sendiri...

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan kekasih Awal dan juga Scha kerana akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Dengan restu kedua belah keluarga membuatkan Scha dan juga Awal semakin yakin untuk bersama. Mengikut sumber yang Kak Nam perolehi, Awal telah meletakkan syarat bahawa Scha tidak boleh peluk dengan lelaki dalam lakonannya selepas berkahwin. Ini untuk mengelakkan dari kontroversi berlaku dan menjaga nama baik keluarga.


Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis

Views
KAK NAM- Di dalam keratan portul mStar hari ini memaparkan isu tentang Saiful Apek. Setelah membuat ujian air kencing, Saiful Apek dan juga rakannya didapati positif ganja jenis Kanabis. Sebelum ni apa yang Kak Nam tahu, Saiful Apek sering menafikan yang dia terlibat dengan najis dadah ini. Tapi bila dah buat ujian air kencing, betul dia terlibat. Jom kita lihat keratan isu tentang Apek yang Kak Nam copy dari mStar.

Gambar Anak Kembar Ziana Zain

Views
KAK NAM- Semakin membesar anak Ziana Zain ni..dah lama juga kita tak lihat perkembangan Ziana. Mungkin dia sekarang sibuk menjaga anak-anak ataupun sibuk dengan bisness sendiri. Oklah Kak Nam nak paparkan pada korang foto terbaru anak kembar Ziana yang sangat comel..

Tuesday, March 27, 2012

Gambar Didie Alias Ala-Ala Lady Gaga

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pelawak wanita Didie Aliaskan...dengan cara bercakapnya yang agak lantang membuatkan peminat-peminat semakin kenal dengan Didie. Kak Nam nak paparkan pada korang semua foto Didie Alias yang seakan-akan Lady Gaga gitu yang telah di upload oleh Didie dalm laman twitternya..semoga korang tak meluat bila melihat ok..

Gambar Terbaru Anak Kembar Syarifah Aleya yang Comel

Views
KAK NAM- Penyampai radio Hot Fm, Syarifah Aleya kini sudah pun bergelar ibu tunggal kerana telah bercerai dengan bekas suaminya. Walaupun begitu, Syarifah Aleya atau lebih senang di panggil Leya tabah menghadapi kehidupan bersama anak kembarnya yang sangat comel. Leya kini lebih ceria bersama anak-anak yang tersayang..Semoga Leya tabah menghadapi sebarang dugaan yang datang..Jom kita lihat foto anak Leya yang comel tu..

Foto Erin Malek Dan Kekasihnya

Views
KAK NAM- Baru-baru ini pelakon remaja yang popular dengan lakonannya di dalam drama Asyiteru di Tv9, Erin Malek telah bercuti di Portdickson bersama keluarga dan juga teman lelakinya. Bagi peminat Erin Malek yang rindukannya dan ingin melihat foto Erin yang terbaru, Kak Nam ada paparkan foto semasa Erin pergi bercuti di Portdickson yang telah di upload dalam twitter Erin.  Jom kita lihat...

Nurul Bakal Kahwin Tahun Ini

Views
KAK NAM- Dengar cerita Nurul akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ni.  Gosip ni dikuatkan lagi dengan pengakuan Nurul sendiri semasa muncul dalam rancangan Wanita Hari Ini. Nurul bagaimanapun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut lagi siapakah bakal suaminya dan bilakah tarikh pernikahan mereka.. Tapi Nurul akan mendedahkan semuanya pada sidang media dalam bulan mei nanti..


Azza Elite bakal bernikah Ahad Ini Tanpa Bertunang

Views
KAK NAM- Azza Elite yang telah menjadi ibu tunggal selama 6 tahun lamanya akhirnya mengumumkan yang beliau bakal bernikah dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada hari ahad ini (1 April 2012).. Menurut Azza, Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur sementara majlis perkahwinan pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum ditentukan tarikhnya lagi..


Gambar Resepsi Perkahwinan Danny X- Factor

Views
KAK NAM- Pelakon dan juga penyanyi kumpulan X-Factor, Danny telah mengadakan majlis resepsi perkahwinannya yang ke-3 baru-baru ini setelah 6 bulan dia sudah diijab kabulkan dengan wanita yang bernama Zaidatul Norfazlin. Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan bahagia ini. Jom sama-sam kita lihat foto resepsi mereka...

Monday, March 26, 2012

Izara Aishah Over Masa Sambut Birthday (Video)

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita yang popular, Izara Aishah dimana namanya semakin meningkat naik setelah dia muncul dalam drama Vanilla Coklat. Apa yang Kak Nam nak paparkan disini ialah video Izara semasa menyambut birthday partynya semasa membuat pengambaran dalam drama Soffiya sebelum yang disiarkan di siaran Tv3. Korang lihat sendirilah macam mana over dan gediknya Izara Aishah....


Gosip Hangat - Artis Wanita Popular Bergaduh Di Kelab Malam

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada Murai, seorang penyanyi dan pelakon wanita yang popular bertengkar dengan seorang perempuan di sebuah kelab malam di Ibukota gara-gara tidak puas hati kekasih hatinya diganggu perempuan tersebut. Apa yang membuatkan Kak Nam geli hati dan terkejut ialah artis wanita tersebut telah bergaduh dan mencekik leher perempuan tu. Sampai macam tu sekali ye bila dah naik marah, macam-macam boleh berlaku dan tak sedar yang dia tu artis popular.

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Live

Views
KAK NAM- Semasa lamaran tu dilakukan, Scha Al-Yahya telah menerima sebentuk cincin berlian dan selepas itu Scha menerima lagi sejambak bunga ros dan seekor patung beruang yang besar.. Awal juga memberitahu yang dia sudah lama menanti hari yang sesuai untuk melamar Scha dan hari itu adalah hari yang paling sesuai sekali kerana hari itu adalah hari ulang tahun percintaan mereka berdua yang ke 2 tahun 6 bulan…- Mygosip


UPDATE - Foto Irma Hasmie Bertunang

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pelakon yang jelita, Irma Hasmie kerana telah selamat bertunang dengan Reza Syah Ameer Datuk Radzuan. Apa yang Kak Nam tahu,mereka telah berkenalan semasa Irma dan Reza mengerjakan Umrah. Mereka telah berbincang akan mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2012  kerana itu adalah tarikh sepakat mereka. Jom kita lihat foto Irma yang nampak anggun dengan rekaan busana yang cantik.


Friday, March 23, 2012

Video- Cinta Muka Bulu (Lawak)

Views
KAK NAM- Memang Kak Nam tak nafikan lagi yang lagu "Cinta Muka Buku" memang popular sekarang. Ramai yang sentiasa menyanyikan lagu ni serta sampai ramai yang mengubah lirik lagu ni dengan lawak jenaka. Mungkin ramai yang dah tahu video ni tapi Kak Nam just nak kongsikan. So, Kak Nam nak paparkan pada korang salah satu video yang telah dilakonkan serta diubah sedikit liriknya. Selamat menonton..."Cinta Muka Bulu".


Gosip Hangat - Isteri Kepada Seorang Pelakon Terlebih Over

Views
KAK NAM- Isteri mana yang tak nak sokong kejayaan suaminya..nak-nak pula si suami sekarang semakin popular dan juga laris di persada seni. Tapi berbeza pula dengan isteri seorang artis sebab dia  juga menjadi pengurus suaminya. Tidak kisahlah kalau nak jadi pengurus suami,elok juga sebab senang untuk berbincang.Tapi apa yang sedap Kak Nam dengar dia ni suka masuk campur dalam semua urusan suaminya. Aii..nilah yang dikatakan lebih sudu dari kuah.

Shahrizal Jaszle - ‘Saya mungkin terkena buatan orang’

Views
KAK NAM- tak habis lagi gosip tentang hubungan cintanya dengan pelakon Miera, kini timbul pula gosip dimana dia kini sukar bagun pagi walaupun bermacam cara untuk kejutkan dia bangun. Yeke ni? atau pun malam  tidur lewat sampai tak boleh nak bangun..korang lihatlah sendiri apa komen Shahrizal yang kononnya dia kena buatan orang.

Marsha Bercinta Dengan Dafi???

Views
KAK NAM- Pasti korang kenal dengan seorang pelakon wanita ni, Marsha. Ramai perkatakan perwatakkannya seolah-olah seorang yang sangat gedik. Kak Nam tak tahulah dia betul-betul gedik atau pun jenis seorang yang manja gitu. Nak dijadikan cerita, tadi Kak Nam bukalah twitter si Marsha ni kononnya saja-saja nak lihat perkembangan Marsha..tiba-tiba Kak Nam nampak pula foto mesra Marsha dengan Dafi. Tak tahulah dorang bercinta atau pun sekadar teman rapat. Tapi siap berjalan pegang tangan tu apa citer?? Kalau dorang couple pun ok juga..sama padan ye tak...

Yusry Terkejut Lisa Tidak Cerewet Semasa Berbulan Madu

Views
KAK NAM- Di dalam portul mStar hari ini menyatakan isu tentang pasangan suami isteri yang hangat diperkatakan sekarang,Yusry dan Lisa. Semasa temubual Yusry bersama mStar semalam menyatakan bahawa dia sangat terkejut kerana Lisa tidak cerewet. Korang boleh baca komen mereka sendiri yang Kak Nam petik dari mStar..

Thursday, March 22, 2012

Foto - Stacy Ambil Anak Angkat

Views
KAK NAM- Ramai juga artis sekarang ni yang suka ambil anak angkat. Maklumlah nak kahwin lambat lagi ditemu jodoh..bila masa pula nak rasa ada anak ye tak? Termasuklah artis wanita yang popular dengan lagu "Kasanova" Stacy. Menurut dari sumber Izyan, Stacy telah mengambil anak angkat yang masih lagi bayi dalam umur lingkunagn 2 bulan. Stacy telah memberi nama Bella Valentina kepada anak angkatnya itu..memang comel bayi tersebut.

Luahan Hati Liyana Jasmay Terhadap Bakal Suaminya

Views
KAK NAM- Liyana Jasmay sudah merancang ingin menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan muda iaitu senior dia sendiri masa zaman persekolahan dulu. Liyana kata dia berkenalan dengan bakal suaminya itu baru 2 bulan dan sudah jatuh cinta pandang pertama..dah nama pun jodoh, tak kira berapa lama kita kenal. Jom kita lihat luahan hati Liyana yang Kak Nam petik dari akhbar metro hari ni.


Gambar Aril Zaman Kanak-Kanak

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon yang dicungkil bakatnya dari rancangan realiti tv AF, Aril. Bila sebut nama Aril je pasti ramai wanita-wanita di luar sana yang terpaku dengan kekacakan Aril. So, Kak Nam nak paparka pada korang foto Aril semasa umur dia kira-kira 10 tahun yang di upload dari twitternya. Comel juga Aril masa tu dan dia juga nampak lebih cerah dari adik beradiknya yang lain..

Wednesday, March 21, 2012

Foto Elfira Loy Menunggu Result SPM

Views
KAK NAM- Hari ni adalah hari keluarnya keputusan SPM. Pasti ramai adaik-adik yang menunggu keputusan SPM ini menantikan dengan penuh debaran. Begitu juga dengan pelakon remaja yang agak popular Elfira Loy yang mengambil keputusan SPM hari ini. So, Kak Nam nak paprkan pada uolss foto semasa Elfira sedang menunggu keputusan yang di upload dalam twitternya..

Video Romantik Yusry Dan Lisa

Views
KAK NAM- Wah! tak sudah-sudah lagi cerita pasal pasangan suami ister yang romantik ni ye..kali ni Kak Nam nak paparkan pada korang semua video honeymoon dorang yang sangat-sangat romantik. Asyik lihat foto je, pasti semua peminat Yusry dan Lisa rasa tak puas. Jom kita lihat sama-sama...


Liyana Jasmay Nikah Selepas Pulang Dari AS

Views
KAK NAM- Pelakon Liyana Jasmay 24 tahun telah membuat keputusan akan mendirikan rumahtangga selepas pulang dari AS. Bakal suaminya,Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan. Liyana berkata, dia akan berangkat ke negara itu pada Julai depan untuk mengikuti kursus di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.


Tuesday, March 20, 2012

Foto Enot KIni Dah Bertudung

Views
KAK NAM- Syukur sangat-sangat kerana sekarang ni Kak Nam lihat seorang demi seorang artis tanah air kita sudah dibuka pintu hatinya untuk bertudung. Termasuklah artis wanita yang bertubuh gempal,Enot. Baguslah kalau macam tu..mudah-mudahan lebih ramai lagi artis wanita yang mengikut langkah si Enot..Jom kita lihat foto terbaru Enot yang Kak Nam petik dari myartis.

Sazzy Falak Hasilkan Pakaian Jenama Sendiri

Views
KAK NAM- Pelakon berusia 31 tahun itu berkata idea untuk mengeluarkan jenama fesyen SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu tercetus pada tahun lalu ketika dia sedang hamil dua puteri kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, 11 bulan.


Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang tidak berapa kenal dengan pasangan kekasih ni, Ekin dan Yazir. Mereka adalah bekas pelajar AF musim ke 3. Bagi peminat Af yang tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton rancangan realiti ni pasti korang kenal dengan mereka. Memang sejak dari dalam Af lagi mereka telah menjalinkan hubungan cinta. Tetapi disebabkan masalah tertentu mereka menangguhkan perkahwinan. Kat bawah ni Kak Nam pamerkan ulasan mereka yang Kak Nam petik dari mStar.


Qi Razali Kesal Tuduhan Disingkir Dari JJCM Kerana Yuna

Views
KAK NAM- Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan terkilan kerana ada dakwaan yang mengatakan dia tidak mengacara lagi dalam rancangan tersebut disebabkan Yuna. Kak Nam kadang-kadang tak fahamlah dengan sesetengah pihak yang suka buat andaian sendiri tanpa selidik dulu. Apa yang Kak Nam tahu dari sumber mStar, Qi tarik diri kerana ingin tumpukan perhatian kepada lakonan. Jom kita lihat komen Qi sendiri..


Monday, March 19, 2012

Foto Terbaru Anak Kembar Sazzy Falak & Nash Idrus

Views
KAK NAM- Bukan senang kita nak dapat rezeki anak kembar..hanya Yang Maha Esa saja dapat menentukan. Pada pasangan suami isteri artis ni, Sazzy Falak dan juga suaminya Nash sangat bertuah kerana dikurniakan bayi kembar yang sangat comel. Kak Nam lihat pun Kak Nam geram..huhuhu..jom kita saksikan foto mereka yang Kak Nam di upload dalam twitter Nash..

Update - Gambar Isteri Tomok Mengandung Bercuti Di Singapura

Views
KAK NAM- Wah! dah nama pun suami isteri kemana Tomok pergi sekarang ni mesti ada isterinya teman. Kalau dulu Tomok hanya ditemani PA nya saja. Maklumlah..siapa yang tak sayang bini oi...nak-nak pula isteri Tomok kini sedang sarat berbadan dua. Tahniah ya Tomok Kak Nam ucapkan..dah nak jadi bapa tak lama lagi..Jom kita lihat foto mesra mereka di Singapura.

Siti Saerah Selamat Lahirkan Anak Ke-2

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada adik Dato Siti Nurhaliza, Siti Saerah kerana selamat melahirkan anak lelaki yang keduanya. Apa yang Kak nam dapat tahu dari sumber myartis, Saerah selamat melahirkan anak pada pukul 7.55 ptg di Hospital Besar,Pahang. Dato Siti Nurhaliza bila lagi nak menimang cahayamata yek? tak cemburu ke dengan adik beradik yang lain...


FOTO- Fazura dan Kekasihnya TMJ Di Singapura

Views
KAK NAM- Satu lagi cerita pasal pelakon dan kekasihnya pergi bercuti bersama. Kak Nam rasa dah banyak kali kot cerita pasal pasangan kekasih artis ni bercuti walaupun belum ada ikatan yang sah. Mungkin bagi dorang perkara bias tapi bagi mata yang tak selesa macam-macm boleh timbul fitnah. Kini timbul pula isu pasal pasangan kekasih, Fazura dan TMJ di Singapura. Bila dilihat foto mereka kelihatan sungguh mesra sekali..korang lihatlah sendiri.

Aremeer (Sofazr) Akui Kurus Selepas Putus Tunang

Views
KAK NAM- Kumpulan Sofaz semakin meningkat naik nama di persada seni setelah beberapa kali telah masuk dalam Finalis Muzik-Muzik. Apatah lagi dengan suara merdu vokalis kumpulan tersebut,Aremeer membuatkan lagu yang dinyanyikan bertambah popular. Mungkin ramai peminatnya perasan yang badan Aremeer kini semakin kurus disebabkan putus tunang baru-baru ini. Jom kita lihat komennya sendiri yang Kak Nam petik dari mstar.

Friday, March 16, 2012

Aznil diserang bapa saudara peserta ujibakat On Air

Views
KAK NAM- Sudah lama kita tak lihat Aznil Hj. Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil di kaca tv. Kini timbul pula isu tentang video yang tersebar di Youtube dimana Pak Nil telah diserang oleh salah seorang bapa saudara peserta ujibakat On aAir baru-baru ini. Jom kita saksikan...


Dato Siti Nurhaliza Mahu Khidmat Bruno Mars & David Foster

Views
KAK NAM- Penyanyi wanita popular tanah air Dato Siti Nurhaliza telah membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat dari komposer terkenal Amerika Syarikat David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya. Tahniah Kak Nam ucapkan kepada Dato Siti kerana sudah membuat pembaharuan bagi dirinya.


Aaron Aziz Berang Ada Pihak Guna Namanya Jual iPad

Views
KAK NAM- Hari ini di dalam akhbar metro mengemukan isu tentang Aaron Azia. Mungkin Ramai peminat Aaron juga yang turut marah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab membuatkan pelakon lelaki yang kacak,Aaron marah. kerana telah telah menyamar menjadi pembantu peribadinya untuk menjul iPad di laman facebook. Apa yang Kak Nam tahu,Aaron akan memberi surat saman ke atas pihak terbabit. Jom kita lihat komen Aaron yang Kak Nam petik dari metro..


Foto & Video - Yuna Pengambaran Lagu Penakot Di AS

Views
KAK NAM- Yuna dalam diam-diam telah pergi ke luar negara,AS untk membuat pengambaran lagu Penakut. Dia yang dulu popular dengan lagu Yang Sebenarnya telah melonjak naik ke persada seni. Sekarng ni pun dah ramai artis tanah air kita di congkil bakatnya hanya melaui laman Youtube. Kak Nam rasa ini tidak adil bagi artis-artis pada masa dulu yang bersusah payah untuk mencungkil bakat sampai sanggup menghadapi pelbagai rintangan. Kak Nam harap lepas ni pihak tertentu dapat memilih artis megikut cara sebelum ni. Jom kita lihat video pengambaran Yuna di AS..


FOTO- Fazley Punyai Kembar Semiripnya

Views
KAK NAM- Terlebih dahulu Kak Nam ingin ucapkan terima kasih kepada satu portul hiburan yang popular Izyan kerana sudi emailkan foto ini kepada Kak Nam. Sudah lama kita tidak dengar cerita pasal penyanyi lelaki yang popular dengan lagu Asmara Ini,Fazley. Nak dijadikan cerita memang tak dinafikan dalam dunia ini kita ada 7 orang muka yang mungkin seiras dengan kita. Termasuklah Fazley,dia bertuah kerana dapat berjumpa dengan orang yang seakan-akan mirip dengan mukanya. Sekali pandang memang seiras...

Tiz Taqyah Nyanyi Lagu - How Do I Live

Views
KAK NAM- Tak sangka pula Kak nam yang artis wanita cun,Tiz Zaqyah pandai menyanyi. rupanya. Bila dah dengar suaranya menyanyikan lagu yang cukup popular How Do I Live sungguh merdu juga. Kak Nam ingatkan dia hanya pandai berlakon sahaja,yelah dengan perwatakannya yang lemah lembut tu tak ada siapa sangka dia boleh menyanyi. 

Jawatan Kosong Terkini

Views
KAK NAM- Rasanya dah lama Kak Nam tak update  jawatan kosong yang terbaru kat korang kan? So,hari ni Kak Nam nak kongsikan dengan korang jawatan kosong kerajaan mahu pun swasta yang boleh korang lihat. Kalau berminat dan masih menganggur sekarang..jangan lepaskan peluang keemasan ini ok. 


Thursday, March 15, 2012

Foto Peserta Mentor 6

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat Mentor yang Musin Ke 6 ini tak sabar nak tahu dan menuggu siapakah protege mentor pada musin kali ini. Barisan protege-protege kali ini terdiri dari KJ (Adam), Wanie (Ferhad), Ramlah Ram (Ana Syuhada), Caroline (Ella), Anas (Faizal Tahir) dan Zatul (Ogy Ahmad Daud). Adam yang popular melalui rancangan realiti Akademi Fantasia berkata, “Saya tertarik dengan KJ kerana dia boleh mengekalkan nafas dan menyanyi lagu pop sambil menari.”


Liyana Jasmay bakal mengayakan gaun RM10k di hari pertunangan

Views
KAK NAM- Terkejut juga Kak Nam bila baca dekat satu portul hiburan mygosip tajuk utama yang mengatakan Liyana Jasmay akan memakai gaun bernilai Rm10k pad majlis dia tunang nanti. Baru bertunang,masa kahwin nanti Kak Nam tak tahulah berapa juta plak gaun yang di pakai...Liyanan Jasmay akan bertunang pada hari jadinya yanh ke 24 di tarikh 28 mac 2012 ni. Liyana Akan menggayakan gaun moden bewarna putih hasil rekaan Rizman Ruzaini yang bernilai hampir RM10.000. 


Foto Terakhir Fasha Keluar Bersama Kawan Sebelum Kahwin

Views
KAK NAM- Ini dia seorang lagi artis yang akan mendirikan rumahtangga,Fasha Sandha. Dia akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan seorang lelaki pilihan hatinya Jejai. hanya tinggal 45 hari saja lagi Fasha dan Jejai menanti tibanya hari yang cukup bahagia itu. Dan sebulan lepas tu baru mereka membuat majlis persandingan mereka di Perlis. 

Scha Alyahya Pakai Baju Pengantin

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat kepada pelakon wanita yang sangat cun ni.Scha akan mendirikan rumahtangga dengan Awal Ashaari tidak lama lagi. Wah! Tahniah Kak Nam ucapkan kepada dua pasangan kekasih ni. Tak mustahillah lepas ni kita semua dengar Shila Amzah dan Shaanaz plak nak kahwin ye tak. Benda yang baik eloklah dipercepatkan takut nanti timbul isu lain plak. Tanpa buang masa jom kita lihat foto Scha berbaju pengantin..

FOTO- Cantik Elyana bertudung dan bersama Khairul dan Chinta

Views
KAK NAM- Pertama sekali Kak Nam nak ucapkan kepada Mediamalaya kerana sudi kongsikan foto-foto ni kepada semua peminat Elyana. Penyanyi dan pelakon wanita yang cukup popular dulu dengan lagu Kalis Rindu kini sudah pun bergelar seorang ibu dan isteri. Menurut sumber,foto Elyana bertudung ni adalah semasa dia membuat pengambaran dalam lakonan terbarunya. Jom sama-sama kita lihat..

Suami Nadia Mustafa masuk ICU

Views
KAK NAM- Hari ini keluar lagi berita artis yang tidak meyenangkan,suami Nadia Mustafa masuk icu. Jom kita lihat petikan akhbar metro tenteng isu ini. Kak Nam copy 100% untuk korang..

Wednesday, March 14, 2012

Foto - 300 Peminat Berkumpul Tonton Episod Akhir Vanila Coklat

Views
KAK NAM - Hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini untuk menyaksikan episod terakhir siri itu pada malam Selasa.Semua barisan pelakon Vanila Coklat iaitu Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza, Iqram Dinzly, Bella Daly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Arash Mohd, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut bersama-sama peminat di sana sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong drama berkenaan.


Zed Zaidi Terima Ancaman Bunuh?

Views
KAK NAM - Pelakon lelaki yang cukup kacak ini sudah lama tidak kelihatan lakonannya di kaca tv. Hari ini Kak Nam dapat berita dari sumber mynewshub yang mengatakan Zed Zaidi menerima ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenali. Mungkin ramai yang tahu bahawa Zed Zaidi telah mengusulkan tiga cadangan kepada pihak kerajaan dan salah satunya mengenai kebenaran untuk menggelapkan cermin kereta demi keselamatan setiap keluarga. Niatnya itu telah membuatkan sesetengah pihak disalah erti dan menerima ugutan bunuh.


Scha Nampak Cantik Bertudung

Views
KAK NAM- Baru-baru ini pasangan kekasih yang sungguh secocok dan romantik, Scha dan juga Awal telah menghadiri satu majlis perkahwinan kawan mereka di Kelantan. Dengan warna baju mereka yang sedondon kuning membuatkan mereka lagi nampak menawan dan juga tampan. Scha memakai tudung dan juga Awal bersongkok membuatkan lagi mereka nampak serasi.Jom kita lihat foto mereka..

Shamsul Ghau Ghau Tunaikan Umrah

Views
KAK NAM- Pertama sekali Kak Nam nak ucapkan terima kasih kepada Izyan kerana sudi emailkan kepada Kak Nam perkembangan Shamsul Ghau Ghau. Pasti korang semua kenal siapa Shamsul kan? Pelawak yang dulu namanya kian meningkat naik setelah memasuki rancangan sinaran telah membuatkan rezekinya bertambah-tambah. 

Tuesday, March 13, 2012

FOTO -Malek Noor Selamat Nikah Dengan Dr. Wan Asma

Views
KAK NAM-  Tahniah Kak Nam ucapkan kepada Malek Noor yang dulu dia adalah mengakat berat negara kita yang sangat hebat. Kini dia telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita yang sangat berkebolehan dan seorang doktor. Nama wanita bertuah itu ialah Dr. Wan Asma ibu kepada tujuh orang nak dan mempunyai cucu.  Malek Menariknye perkahwinan ini, pengantin lelaki hanya memberikan senaskah Al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran diikuti lima dulang dan di balas sembilan dulang daripada pengantin perempuan.


Bila Neelofa Bertemu Nur Amalina Di Scotland, Mungkinkah Segala Kontroversi Terjawab?

Views
KAK NAM- Baru-baru ini Neelofa telah pergi ke Universiti Endinburgh, Scotland dimana pelajar cemerlang Nur Amalina berlajar. Neelofa pergi kesan untuk membuat pengambaran rakaman Nona episod akan datang.Dia sempat mengambil gambar dengan pelajar tersebut. Dalam laman twitternya, Neelofa berkata ia sebahagian daripada rakaman Nona yang bakal bersiaran tidak lama lagi. Kak Nam rasa pasti ramai yang tak sabar nak tonton Nona. 


Tasha Shilla Mahu Kaki Lebih Panjang

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita yang sungguh menggoda dan cantik ni,Tasha Shila. Namanya kini semakin melonjak naik selepas kontroversinya yang telah membuat tarian ghairah di kelab malam. Belum pun reda lagi isu tu dah timbul plak isu baru dimana dia telah didakwa sedang bercinta dengan seseorang yang berstatus VIP. Wah! kalau betul untunglah si Tasha ni yek...


Irma Hasmie Akan Bertunang Tak Lama Lagi

Views
KAK NAM- Irma Hasmie bekas kekasih kepada Nabil Rajalawak yang dulu hangat diperkatakan dalam akhbar-akbar mahupun di kaca tv. Kini Kak Nam dapat  tahu dari sumber mstar yang mengatakan Irma akan bertunang tidak lama lagi. Wah! Baguslah kalau macam tu kan? Adakah dia akan bertunang dengan kawan baiknya sendiri...itu Kak Nam tak boleh nak jangkakan. Kalau jodoh dia dengan siapa tak penting yang penting lelaki itu adalah seorang yang baik.


Ibu Arwah Izwan Pilus Sebak Peluk Bakal Menantu

Views
KAK NAM- Menurut pada harian metro hari ini, pada Jumaat lalu majlis tahlil untuk Allahyarham Izwan Pilus   telah diadakan di Surau Itihadiah Jalan Melor 19, Taman Melor Ampang, Selangor. Penyanyi Farhan AF yang sudah lama mengenali arwah iaitu sebelum bergelar artis lagi juga sempat datang bersama tunangnya, Rashdan Suhaimi. Bagi rakan artis yang tidak dapat hadir, sempat menyampaikan salam kepada keluarga Allahyarham. Sma-samalah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah.


Farah Asyikin Dapat Tawaran Jadi Totur

Views
KAK NAM- Bagi penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 33, dia juga pernah terfikir untuk bertudung selepas dipertemukan jodoh semula, itu pun jika si suami memintanya melakukan perubahan.Bagaimanapun, dia tidak menyangka sama sekali kegelisahan hatinya pada suatu petang hampir sebulan lalu petanda yang Allah memberi�nya petunjuk untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.Bagi menenang�kan hati yang tidak tenteram, sebaik saja tiba di rumah selepas menghadiri majlis pertunangan rakan karibnya, Farhan AF, dia terus mengambil wuduk menunaikan solat Maghrib.


Monday, March 12, 2012

WAJAH BABY BOY HARITH & JEZAMINE

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pelakon dan pengacara lelaki Harith Iskandar dan juga isterinya kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Cahaya mata nya telah selamat hari pada khamis lalu seberat 3.89kg. Menurut sumber myartis yang Kak Nam baca, Harith dan isterinya telah bersetuju untuk memberi nama Zander Xayne Iskander kepada bayi mereka.


Zarina Anjoulie Nak Kahwin Cepat, Tamat Kontroversi

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang glamor dengan kontroversi melibatkan dirinya dengan video lucah dan juga seksi, Zarina Anjoulie. Menurut dari portul sensasi mynewshub, Zarina mahu menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin dan tidak mahu dikaikan lagi dengan kontroversi yang mengaibkan dirinya serta keluarga. Jom kita lihat keterangan lanjut...


Melia Bersumpah Yang video Lucah Tu Bukan Dia.

Views

KAK NAM- Pelakon wanita yang pernah belakon dalam filem Karipap-Karipap Cinta telah dilanda kontoversi hangat dimana terdapat video bogelnya. Melia memberi keterangan di dalam sebuah akhbar dan menafikan bahawa itu adalah dia. Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.
Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.


Friday, March 9, 2012

Sharnaaz Cerita Pengalaman Terperangkap Dalam Banjir Bersama Shila

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki Sharnaaz yang kini semakin melonjak naik namanya bila gosipnya bercinta dengan Shila Amzah kian tersebar di ahbar dan tidak lagi menjadi rahsia. Di dalam akhbar mStar hari ini Sharnaaz menyatakan bahawa keretanya telah ditenggelami air selepas terperangkap dalam banjir kilat pada malam Rabu kelmarin. Sharnaaz berkata air telah masuk kedalam keretanya separas stereng dan terpaksa menghantar keretanya ke bengkel kerana telah berlaku kerosakkan yang agak serius.


Almy Nadia Lebih Kuat Kerana Anak Angkat

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat Almy Nadia rindukan lakonannya di kaca tv. Almy selalu melakonkan watak komedi kini semakin bersemangat dengan adanya anak angkat perempuan yang di beri nama Nur Afrina Darwisya. Dengan kehadiran anak angkatnya itu membuatkan Almy semakin matang menjadi seorang wanita. Jom kita lihat komennya yang Kak Nam petik dari sumber mStar.


Endrie Hasim & Pat Candy Dapat Baby

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan suami isteri Edrie Hasim dan juga Pat Candy kerana hadirnya cahayamata. Baby baru Edrie Hashim dan isterinya Pat Candy yang lahir pada 7 Februari lalu kira-kira pukul 10.45 pagi. Baby yang diberi nama Dylan Haidar ini adalah anak kedua kepada Edrie dan Pat sejak berkahwin pada 2002.


Thursday, March 8, 2012

Remember You – Single Terbaru Datuk Siti

Views
KAK NAM- Dari dulu sampai sekarang nama datuk Siti Nurhaliza tidak pernah lekang dari bibir peminat dan juga dunia artis tanah air. Datuk Siti yang dulu popular dengan lagu berentak balada,pop dan juga irama Malaysia kini semakin popular dengan lagu dan single terbaru dalam bahasa inggeris. Selepas kejayaan melahirkan album Inggerisnya yang pertama, All Your Love, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sekali lagi melakukan album Inggeris yang kedua berjudul Remember You.


Nora Danish Sudi Ucapkan Tahniah Kepada Jejai

Views
KAK NAM- Pelakon yang cantik manis dan berstatus ibu tunggal ini,Nora Danish semakin laris di persada seni dengan pelbagai lakonan di dalam drama-drama yang bersiaran. Walaupun dia berstatus ibu tunggal,Nora tetap tabah menghadapi pelbagai dugaan. Isu yang terbaru sekarang kita sudah dengar bahawa bekas suaminya Jejai akan mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon yang penuh kontroversi Fasha Sandha. Di dalam keratan akhbar metro hari ini telah mengeluarkan isu dimana Nora Danish sudi ucapkan tahniah kepada Jejai. 

Lagi Foto Yusry Dan Lisa Bulan Madu

Views
KAK NAM- Hari ni Kak Nam nak paparkn dan kongsi lagi foto-foto romantik antara Yusry dan Lisa kepada uols. Bagi  peminat mereka yang tek jemu-jemu ingin lihat silakan.. Kak Nam dapat sumber foto ni daripada satu portal hiburan sensasi myartis. Jom kita lihat apa yang menarik...

Wednesday, March 7, 2012

Foto Yusry Dan Lisa Honeymoon

Views
KAK NAM- Bagi peminat Yusry dan juga Lisa tahu yang pasangan bahagia ini sedang honeymoon di Switzerland. Korang mesti nak tahu apa perkembangan mereka kan? So, Hari ni Kak Nam nak paparkan pada uols foto mereka yang sangat romantik di sana..selain tu korang boleh lepakan rindu pada mereka yang jauh dari kita.

Que dan Linda Bakal Dapat Anak Perempuan

Views
KAK NAM- Sekarang ramai artis tanah air kita keluar isu-isu yang cukup menggembirakan seprti mendirikan rumahtangga,pertunangan dan termasuk jugalah melahirkan cahaya mata. Tak lepas peluang Kak Nam nak ceritakan perkembangan Linda Jasmin dan suaminya Qeu Haidar yang bakal mempunyai anak yang ke-2. Tanpa buang masa jom kita lihat komen mereka.

Boy Iman Akui Sudah Bernikah

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang tak kenal dengan pelakon yang dulu popular dengan lakonannya dalam filem ataupun drama, Boy Iman. Bila korang lihat gambar dia yang akan Kak Nam paparkan kat bawah ni mesti korang kenal punyalah. Dia kini menyepi disebabkan ingin menguruskan hal perniagaannya bukan di sebabkan merajuk. Hari ini Kak Nam dapat tahu yang dia sudah bernikah dengan seorang ibu tunggal. Jom sama-sama kita baca komen dari Boy Iman sendiri yang Kak Nam petik dari metro..


Fasha Sandha Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Dia Dan Jejai

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang terkenal Fasha Sandha kini sedang menunggu hari yang cukup bahagia untuk bersama dengan Jejai kekasih hatinya yang sebelum ini sering menjadi kontroversi. Mereka akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi..Kak Nam harap mereka berdua bahagia hingga akhir hayat bukan sekerat jalan. Menurut sumber metro,masa berjumpa dengan Fasha dia kelihatan sungguh gembira sambil menjerit "Im so happy dear". Wah! betul-betul tak sabar nampaknya Fasha ni yek...


Tuesday, March 6, 2012

Jawatan Kosong Terkini

Views
KAK NAM- Hari ni ada lagi Jawan kosong kerajaan yang terkini untuk korang semua apply ok..boleh lihat kat bawah ni. Tapi pastikan korang lihat tarikh tutup dulu.


Pelbagai Cerita Terbaru Boleh Tonton Di Sini

Views
KAK NAM- Hari ni Kak Nam nak kongsikan pada uoll semua cerita-cerita terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam atau pun di kaca tv korang. Bagi siapa yang belum tonton lagi cerita-cerita terbaru,filem,carekarama,drama ataupun telemovie korang boleh tonton di link-link yang Kak Nam paparkan di bawah..selamat menonton.

Yusry Tweet Perkembangan Honeymoon

Views
KAK NAM- Biasalah bila dah jadi artis popular pasti ramai peminat yang ingin tahu perkembangan dua pasangan sejoli Yusri dan Lisa. Mereka telah pergi Honeymoon ke Switzerland dan baru-baru ni Yusry ada tweetkan perkembangan mereka di sana..sumber ni Kak Nam petik dari Izyan.

Qi nak kahwin dua tahun lagi

Views
KAK NAM- Bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan Qi atau nama sebenarnya Qusairy Muhammed 35, enggan terburu-terburu untuk mendirikan rumahtangga memandangkan kekasih hatinya Yuna, kembangkan bakatnya ke luar negara. Qi kata dia bukan nak melambat-lambatkan benda yang baik ni,tapi sebagai kekasih dia menyokong Yuna usaha gadis itu untuk mempertaruhkan bakat seni walaupun terpaksa berjauhan. Selanjutnya komen Qi yang dipetik dari berita harian...


Sharifah Aleya - Jangan buat spekulasi tentang penceraiannya

Views
KAK NAM- Pelakon dan penyampai radio Hot Fm, Sharifah Aleya 30 tahun berharap pihak luar tidak membuat spekulasi tentang penceraiannya dengan Muhammad Asraf 32 tahun sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Mari sama-sama kita lihat apa komen Leya yang Kak Nam petik dari berita harian.

Remy Ishak Nafi Berpisah Dengan Tiz Zqyah

Views
KAK NAM- Sejak gosip pasangan popular itu berpisah tersebar, hanya kenyataan Tiz yang kedengaran. Dia menafikan perkara itu. Sedangkan Remy, tiada sebarang komen diberi. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri sehingga membuatkan ramai menyangka, berita perpisahan itu benar. Bagaimanapun, jawapan Remy makin menambahkan teka-teki, kerana tiada penafian atau pengesahan dibuat.


Jimmy Mengaku Tampar Isteri

Views
KAK NAM-  Maka ternyatalah punca penceraian pengacare tanah air kita Jimmy adalah disebabkan Jimmy memukul isterinya. Hari ini keretan akhbar di metro telah memaparkan artikel "Jimmy Mengaku tampar isteri". Oleh itu,Kak Nam copy semua keratan akhbar tersebut untuk kongsikan pada uoll semua...

Gosip Hangat - Artis Kahwin Lagi Seorang

Views
KAK NAM- Menurut dari sumber metro yang Kak Nam perolehi,dengar kata artis ni memang pantang nampak gadis dahi licin ckit mula naik miangnya tu. Artis ni dah kahwin tapi gatal nak berbini lagi. Tapi yang Kak Nam pelik,setiap kali gosip yang melanda suaminya mesti  si isteri tetap mempertahankan suaminya dan kata rumahtangga mereka cukup bahagia. Kak Nam rasa korang mesti tahu siapa yang Kak Nam maksudkan ni...


Fasha Terima Lamaran Jejai

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan kekasih yang sering dilanda pelbagai kontroversi yang melibatkan hubungan mereka dengan Nora Danish dan ramai lagi artis. Fasha yang sebelum ni dikatakan perempuan perampas hak orang lain kini ingin mendirikan rumahtangga dengan Jejai Mereka telah menghadiri krusus kahwin seperti bakal pengantin yang lain. Jom kita lihat ulasan dari Fasha..


Video Walimatus Urus Yusry Dan Lisa

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada dua pasangan suami isteri yang meletop ni. Sekarang ni mesti dorng tengah best berhoneymoon yek..so,tak payahlah kita nak kacau dorang. Oklah,mungkin ramai yang sudah lihat walimatulurus mereka yang ditayangkan di astro. Hari ini Kak Nam nak kongsikan pada uoll walimatulurus mereka. Bagi siapa yang belum tonton bolehlah lihat ok...semoga happy..

Monday, March 5, 2012

Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu Untuk Ramy Ishak

Views
KAK NAM- Terima asih kepada izyan kerana sudi kongsikan sumber ini kepada kak nam yek..oklah,hari ni Kak Nam plak nak kongsikan pada korang semu video dimana Tiz Zaqyah menyanyikan lagu Kisah Hati yang dipopularkan oleh Alyah. Lagu tu Tiz Zaqyah tujukan pada kekasih hatinya Remy Ishak..Jom kita lihat sama-sama...

Lisdawati Pertahankan Suami

Views
KAK NAM- Rumahtangga pelakon yang cukup popular Lisdawati dan suami Fauzi Nawawi,kini dilanda lagi dengan kontrover hangat dimana suaminya mempunyi keksih gelap. Oppss..betul ke apa yang Kak Nam dengar ni?? Walau bagaimana pun,mereka tak cepat melatah dengan gosip yang timbul malah Lisdawati tetap mempertahankan suaminya.


Haiza Inginkan Anak

Views
KAK NAM- Mungkin korang semua tak berapa nak kenal dengan Haiza tapi bila lihat mukanya korang kenal punyalah. Haiza ni seorang penyanyi dan pelakon yang dikatakan agak popular juga masa dulu. Sekarang pun dia ada berlakon tapi kurang. Apa yang Kak Nam dapat tahu Haiza nak menimang cahaya mata pada tahun ni setelah 5 tahun dia dah mendirikan rumahtangga. Sabarlah Haiza mungkin belum ada rezeki lagi..


Gambar Anak Bienda Yang Comel

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi wanita yang cukup cantik ni. Dengan mukanya yang ada mix arab membuatkan semua lelaki yang melihat terpegun. Bienda telah selamat melahirkan baby perempuan yang diberi nama Lavienda dengan berat 2.95 kg. 

Majlis Perkahwinan Adik Bungso Dato Siti Nurhaliza

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada adik bongsu Dato Siti kerana selamat bergelar suami orang dengan sekali lafaz. Kalau korang semua nak tahu,pengantin perempuan tu Dato Siti yang jadi mak andamnya..kira pandai juga Dato Siti make up. Tanpa buang masa jom kita lihat foto majlis tersebut yang Kak Nam ambil dari sumber media malaya.

Friday, March 2, 2012

Siapa Yang Dikatakan Penyamun Oleh Rita Rudaini

Views
KAK NAM- Baru je kata tak lagi dengar cerita pasal Rita Rudaini..tapi bila Kak nam lihat twitternya tadi Kak Nam terbaca status Rita yang mengatakan ada penyamun dan penyangak yang lihat twitternya. Kak Nam tak tahulah siapa yang dimaksudkan tu..bila tanya adakah suaminya tapi dia kata bukan. Ntahlah Kak Nam tak tahu apa sebenar disebaliknya. Takkan isu dengan adik iparnya tak selesai lagi?? Mungkin ini ditujukan pada orang yang tertentu...

Gambar Terbaru Anak Rita Rudaini - Ryan Dan Arjuna

Views
KAK NAM- Sebelum ni kita semua hangat dengan gosip Rita Rudaini dan juga adik iparnya bergadoh di laman twitter. Sekarang dah senyap pasal tu..mybe dorang tak nak panjangkan cerita. Yelah dah jadi satu family kenapa mesti nak bermasam muka. Kak Nam malas nak cerita pasal hal tu lagi..apa kata kita lihat foto-foto anak Rita Rudaini yang sangat comel Ryan Dan Arjuna..

Gambar Pelakon Adnan Sempit 2

Views
KAK NAM- Pasti ramai yang sekarang ni sedang penug di pawagam untuk menonton filem Adnan Sempit 2 yang dikatakan sangat best dan kelakar. Kak Nam belum tonton lagi so Kak Nam tak rasa dia punya kehangatan tu. hehehe...Kak Nam dapat tahu yang filem ni mencecah sebanyak Rm4.5 juta dalam masa seminngu ditayangkan. Wah! ini kira baguslah sebab filem tanah air kita semakin mantap.. Siapa yang tak nak tonton kalau dah pelakon dalam filem ni semuanya top-top seperti Sahezy Sam,Intan Liyana,Yana dan juga Along Raja lawak.

Scha Dan Awal Tempah Baju Pengantin (foto)

Views
KAK NAM- Seorang demi seorang artis tanah air kita hendak mendirikan rumahtangga,termasuklah pelakon wanita dan pelakon lelaki yang cukup popular ini. Scha dan Awal adalah pasangan kekasih yang cukup padan bagi Kak Nam..yelah mana taknya,sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua. Menurut sumber MYARTIS yang Kak Nam perolehi, Scha dan Awal telah pergi ke Butik Altelia Amani di Shah Alam untuk berjumpa dengan pengurus butik tersebut. Mungkin nak tempah baju pengantin kot..


Bienda Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Views
KAK NAM- Wah! Lagi seorang artis tanah air kita selamay melahirkan anak perempuan. Bienda penyanyi dan pelakon yang cantik dan popular selamat melahirkan anak perempuan pada 26 feb lalu melalui pembedahan. Tahniah Kak Nam ucapkan kepada Bienda dan suami.Bienda telah memberi nama yang sesuai kepada anak perempuannya iaitu Lavienda Namiraz. Jom kita lihat apa kata bienda..

Foto Anak Mawi Yang Comel

Views
KAK NAM- Sekali lagi Kak Nam nak ucapkan tahniah kepada Mawi dan Ekin kerana mempunyai anak oerempuan yang sangat comel. Cahaya mata pertama Mawi telah diberi nama Cahaya Malaikat. Sejak kelahiran anak pertamanya tu,Mawi tidur malam sering tek lena. Biasalahkan kalau dah ada anak kecil kenalah bekorban sikit. Tapi Mawi kata dia tak pernah nak merungut pun. Baguslah kalau macam tu Mawi..baru jadi bapa mithali ye tak...

Thursday, March 1, 2012

Azza Elite Comel Bertudung

Views
KAK NAM- Hari ini Kak Nam nak paparkan pada korang semua foto Azza Elite pakai tudung. Gambar ni Kak Nam dapat dari twitternya..comel juga bila Azza ni pakai tudung. Yelah,dengan hidung mancungnya tu membuatkan dia nampak lebih ayu je. bagi peminat-peminat Azza yang nak melepaskan rindu bolehlah lihat foto ni ok...

Gosip Hangat - Suami Artis Tak Balik Rumah

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi daripada satu artikel di akhbar metro,seorang artis wanita ni suaminya curang dan rumahtangga mereka sedang berlaku pergolakkan. Kak Nam tak tahulah cerita ni betul ke tidak..sebab apa yang Kak Nam tahu artis wanita ni sangat cocok dengan suaminya. Meh! Kak Nam nak cerita kat korang apa yang Kak Nam tahu dari sumber yang sahih tersebut. 

Gosip Hangat -Selebriti Wanita Derhaka Kepada Bapanya

Views
KAK NAM- Kita semua tahu yang ibu bapa adalah segala-galanya bagi setiap insan yang bergelar anak. Tapi Kak Nam tak sangka yang ada seorang artis wanita ni derhaka kepada bapanya. Yalah,Kak Nam tahu yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu tapi kalau dah derhaka dengan bapa tak masuk syurga jugalah. Memang semua manusia buat silap,tapi takkan artis wanita ni tak tahu nak beza derhaka ke tak.